Nabi Muhammad saw bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud ,daripada Ibn Umar katanya,Rasullullah memegang bahuku lalu bersabda:”Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembara).

Ibnu Umar berkata,Rasullullah bersabda lagi:”Jika engkau berada pada waktu petang,maka janganlah engkau menunggu waktu pagi,dan apabila engkau berada pada pagi janganlah engkau menunggu pada waktu petang.Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

Keinginan untuk mengecapi kebahagian hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kebahagian untuk kehidupan abadi di akhirat menjadi idaman semua orang.

Islam menunjukkan jalan bagi mencapai matlamat itu.Dunia adalah tempat untuk beramal bagi meraih kebahagiaan bagi dijadikan bekalan di akhirat nanti.Ia bukan tempat untuk bersenang-lenang semata-mata,tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

Kehidupan di dunia diibaratkan sebagai seorang pedagang.Pedagang tentu merindui kampung halaman.Kerinduan itu,tiadaertinya sekiranya sekembalinya ke kampung halaman,tiada bekalan yang dibawanya.

Ingatlah waktu di dunia amat singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna bagi faedah hidup di dunia dan kesenangan di akhirat kelak.

0 reply:

Copyright 2012 Islam Agamaku
Islam Agamaku Free Premium Blogger™ template by Muhammad Akram